4 Nasehat untuk Anda

Sulaiman bin al-Asy’ats atau dikenali sebagai Abu Daud as-Sijistāniy (w. 275 H) -dalam sebuah riwayat darinya- berkata,

Aku telah menulis dari Sunnah Rasulullāh shallallāhu ‘alaihi wa sallam sejumlah lima ratus ribu hadis. Kemudian aku pilih darinya apa yang dimuat dalam kitab ini (Sunan Abi Daud) sebanyak 4480 hadis. Cukuplah bagi seorang untuk memedomani empat hadis saja dalam beragama:

– الأعمال بالنيات

Setiap amalan terpaut dengan niatnya.

– من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعني

Di antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan apa yang bukan urusannya.

– لا يكون المؤمن مؤمنا حتى ليرضى لأخيه ما يرصى لنفسه

Tidaklah sempurna iman seorang hingga ia meridhai bagi saudaranya apa yang ia ridhai bagi dirinya.

– الحلال بين والحرام بين

Perkara halal telah jelas dan perkara haram juga telah jelas.

Sumber: Alee Massaid